CINTA DALAM ISLAM ITU INDAH:)
Bangkit dari kekecewaan
Assalamualaikum teman2...
Memang menjadi naluri manusia untuk bercinta dan dicintai. Tapi, semuanya telah memilih jalan yang salah dengan menzahirkan cinta mereka melalui ber COUPLE..
Nampak serius sikit post lala kali nih. Nak jadi matured sikit. Jadi, apa tunggu lagi, mari sama2 kita hayati makna sebenar cinta dalam islam...hahha, entah lha, x tau kenapa, sejak akhir2 nh, lala jadi jiwang abes...so, berbalik pada tajuk..merapu jap tadi!
Apakah kedudukan cinta di dalam Islam? Adakah Islam memusuhi cinta?
Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fitrah? Bolehkan kita bercinta?
Act, islam tak pernah memusuhi cinta..Bahkan, islam sangat memandang tinggi terhadap persoalan cinta yang merupakan fitrah dalam kehidupan..Tapi, mesti ada syaratnya..dalam islam, ade beberapa peringkat yang perlu diberi keutamaan sebelum bercinta dengan si dia....
1) CINTA KEPADA ALLAH
Manusia sering lupa. Cinta sesama manusia takkan kekal lama. Sebab, kita ade Allah<3.
Allah berhak menarik apa sahaja yang diciptakan termasuk orang yang kita sayang:)
Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin
sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang
mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di
dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT.
Firman Allah SWT (yang bermaksud) :
“Wahai orang-orang yang
beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi
murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka
dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut
terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap
orang-orang kafir…” – (Surah Al-Maidah, ayat 54)
Oleh itu, renungkan dan ingatlah bahawa cinta pada manusia tidak kekal
lama tetapi cinta pada Allah tidak akan pudar buat selama-lamanya.
2)
CINTA KEPADA NABI MUHAMMAD DAN PARA SAHABAT
Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin umat akhir zaman. Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dilalui oleh baginda demi menegakkan Islam, agama yang fitrah! Baginda terlalu sayangkan umatnya sehingga di penghujung hayatnya Baginda masih mengingati umatnya dengan menyebut "Ummati, ummati, ummati!!". Jelaslha, Baginda terlalu sayangkan kita dan takut untuk meninggalkan kita..:'((
Rasulullah SAW sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji Baginda kerana
ianya merupakan perintah Allah dan Baginda memberi kepada mereka apa
yang Allah anugerahkan kepadanya. Apabila kita bersama-sama berkumpul
untuk mendekati Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam, kita juga sebenarnya
melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Daripada Anas b. Malik, daripada Nabi S.A.W telah bersabda:
"(Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak
sempurna Iman) sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya
(dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan
Rasul-NYA)...)"
[Musnad Ahmad No.13991, Sheikh Shu'aib al-Arnouth menilai: Isnadnya Sahih mengikut Syarat Al-Bukhari dan Muslim]
Ibarat lagu dan irama, kedua-duanya tidak boleh sama sekali dipisahkan,
jika dipisahkan juga pincanglah kehidupan dan cacatlah kesempurnaan iman kita kelak.
Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah
SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan
cinta kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan
kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh
dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya.
3) CINTA KEPADA KEDUA IBU BAPA
Ibu bapa merupakan orang yang paling penting dalam hidup kita. Kerana mereka dan izin Allah, kita hidup dunia ini. Islam meletakkan kedudukan yang tinggi ke atas ibu bapa dan mewajibkan untuk kita meghormati, menyayangi dan berbakti kepada mereka.
Firman Allah s.w.t dalam surah An - Nisa' ayat 36 yang bermaksud:
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan
sesuatupun.Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa..."
Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar
menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah
payah untuk membesarkan anak-anak mereka.
Betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya
penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak
mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.
Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan
di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari
dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya
untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya.
Tutup dlu lagu kt atas tuh, banyak sangat soundnya nanti..hayatilah!
Jika kau cinta pada seseorang, ajak lha dia berkahwin dengan segera. Takut wujudnya perzinaan hati dalam hubungan kalian. Allah adalah cinta yang sejati. I do love HIM <3
Lala harap sangat kepada semua pembaca blog nh, dapat menginsafkan diri. Remaja sekarang mudah hanyut dengan cinta monyet. Belajar dulu biaq pandai baru boleh bercinta..nh tak. Mengaji pun tak khatam2 lagi dh pandai nk bercinto..Apo nak di kato..alahai==' Nauzubillah~
Thanks for reading :)
Older Post . Newer Post