Forever Young


LAWAK-LAWAK JENAKA
Tuesday, 13 November 2012 . 0 word(s) .

Gelak sampai mampus :))

Assalamualaikum umat Nabi sekalian...

Today, lala nk share about some funny stories..cerita2 ini tiada kaitan dgn yg hidup atau yg sudah mati..let's enjoy it, just for fun..gelak sampai kering gusi..kahkahkahakah((:

1) GURU KAUNSELING 

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri
seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik
bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih
sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini
sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…

“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”

Pelajar itu menjawab..

“Okey.. boleh saja…!”

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”

“Kerana …” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…

“… Saya adalah penjaga gol!”


2) SI PENJUAL KUIH

Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju menghampiri sebuah perkampungan. Di perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran landasan.

Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan wanita itu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu keretapi membrek dengan mendadak hingga menyebabkan para penumpang keretapi terpelanting dengan dahsyat sekali.

Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita tersebut... pemandu keretapi terus bertanya "Ada apa Puan?"

"...yang tinggal cuma karipap dan pulut panggang aje..." jawab wanita itu dengan selamber badaknya.

3) TEKA-TEKI GILA

"TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR !!!...
1)Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

3)Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4)Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.

5)Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

6)Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

7)Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

8)Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

9)Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

10)Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

11)Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

12)Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:Sekretari baik..................'Selamat pagi Boss' Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni Boss'

13)Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...heheheh

14)Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

15)Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

16)Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

17)Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile
ape...

18)Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah......

4) BOS YANG BAIK

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari
nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia
kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah
pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan
datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang
kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi,
lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker
tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung
saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer
pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah
seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee


Lawak tak?? penat lala gelak tau...nh bru skit!! act, byk lg, tp, tunggu di lain hari ye??? enjoy it friends, lala nak merehatkn minda2 kite yg sgt penat belajar..hopefully, semua yang membaca blog nh dapat mereleasekn tension tuh :)



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post